Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020 : MINGGU 6 PROF DI UK

 

Tajuk : m6e ( hani 197773)

Semasa Prof Normaliza belajar di luar negara, iaitu di United Kingdom, beliau mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kedai Pakistan kerana untuk memudahkan dapat makanan halal. Jadi, bukan sahaja pemikiran beliau ketika itu mencari rumah sewa yang berhampiran dengan makanan halal, tetapi rupanya ramai lagi pelajar-pelajar Malaysia yang mencari rumah sekitar situ. Apabila beliau tiba di United Kingdom, sememangnya ada pelajar yang mempunyai persatuan iaitu ada yang menyambut dan menjemput kedatangan di lapangan terbang. Walaupun tempat beliau jauh daripada London, iaitu 4 jam daripada lapangan terbang tersebut, jadi mereka mempunyai persatuan. Apabila sampai disitu, beliau terkejut kerana beliau dapati bahawa ramai sebenarnya masyakat melayu di situ. Serta, Kawasan disitu juga kedai-kedai Pakistan sememangnya banyak, jadi makanan halal pun sangat mudah dan juga pada ketika itu, bagi yang ingin pergi sembahyang jumaat pun mudah, masjid pun ada kerana tidak jauh. Tetapi ada masalah sikit apabila mempunyai komuniti yang terlalu ramai melayu sebab beliau faham bahawa di Malaysia ini semua melayu. Jadi, misalnya jika jumpa selisih, contohnya di lif atau jalan raya, jika tak tegur tidak mengapa kerana majoriti Kawasan melayu. Tetapi di United Kingdom, sememangnya ramai melayu tetapi komuniti melayu yang ramai itu  kecik. Masalahnya ialah apabila beliau pergi ke supermarket contohnya, beliau Nampak kelibat orang Malaysia dari segi kulit dan juga pakai tudung, serta cara bercakap melayu. Jadi masalahnya ialah apabila beliau tahu mereka adalah melayu, ada segilintir yang cuba mengelakkan diri seperti menghalakan diri ke lain supaya tidak menegur. Sedangkan Prof Normaliza tahu yang mereka itu Malaysian. Jadi, ada juga yang seperti beliau, iaitu apabila berjumpa sahaja meberi salam “Assalamualaikum” “ saya orang Malaysia, Malaysia ke?”. Jadi, beliau tidak tahu bahawa rupa-rupanya, memang tak bagus sebenarnya terlalu peramah. Ada yang tidak suka ditegur rupanya. Tidak suka ditegur dan pandang tempat lain dan terus jalan. Selepas kejadian itu, “oh salah saya jugak la, entah dia bukan orang Malaysia. Entah orang Brunei” kata beliau kepada dirinya. Tetapi beliau berpendapat bahawa boleh sahaja mereka jawab “Saya bukan orang Malaysia, saya orang Brunei” ataupun “ Saya bukan orang Malaysia saya Indonesia”.  Tetapi beliau tidak pernah jumpa lagi orang Indonesia. Sebanyaknya jumpa orang Malaysia, Singapore, dan juga Brunei. Brunei pun tak ramai. Jadi, beliau dapati bahawa jikalau di negara orang, walaupun kita berbangga apabila tahu ada orang Malaysia Bersama kita, rupanya tidak semua berfikiran seperti kita. Tidak semua nak bercakap dan menerima teguran atau nak berkawan dengan kita. Selepas daripada kejadian itu, apabila beliau jumpa melayu, beliau buat takt ahu sahaja. Kemudian beliau berfikir, “Oh rupanya keadaan orang yang mungkin saya tegur itu seperti saya juga dulu dimana apabila saya tegur orang, dan orang tidak respon, lebih baik saya tidak bercakap”. Jadi bila beliau dah rasa sebegitu, beliau tidak lagi kecil hati kerana itulah kekurangannya. Jadi bila beliau pergi jalan di London, sekali tu, apabila selisih dengan artis Malaysia yang kawin dengan orang UK atau Canada, beliau selisih dan tegur “Assalamualikum”. Reaksi orang itu seperti terkejut tetapi tidak menunjukkan dia sombong. Selepas kejadian itu, apabila jumpa orang, beliau setakat senyum sahaja.Pokonya, apabila berada di negara orang, kita akan hargai lebih kewujudan orang Malaysia dan kewujudan orang melayu yang berada di negara orang yang sama dengan orang yang bekerja di sana. Beliau juga pernah bekerja di sana untuk mencari rezeki dan berpendapat untuk sama-sama tolong sesame sendiri. Akhirnya, apabila beliau balik Malaysia, beliau rasa pelik kerana 6 Tahun belia duduk di sana, dimana apabila beliau selisih dengan mana-mana Malaysia, beliau senyum. Tak perlu sepatutnya. Kesimpulannya, apabila di negara orang, hargai lebih dan juga bangga dengan jadi rakyat Malaysia. Tetapi, duduk di sana tidak boleh terlebih kerana rakyat sana tidak suka. Masyarakat di sana tidk suka kepada terutama yang memakai tudung. Beliau pernah kene jerit dengan orang mabuk “HEY! COME BACK TO YOUR COUNTY”. Beliau ketakutan dan lari naik bus terus balik. Itulah salah satu pengalaman yang beliau hadapi. Pokoknya, janganlah duduk luar negara. Kalua boleh pergi holiday, lepas itu balik. Jangan duduk lama-lama, tak perlu.


Bukti Kehadiran :









No comments:

Post a Comment

BBN3401SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN COMPUTER

  NURHANI HASYA BINTI SHAHRIZAN  197773 Bismillah…. Dengarlah coretan dan rintihan saya ini.. Sem 5 ni mencabar betul. Lagi-lagi kene hada...