Masihkah
Kau Ingat?
1. Menulis dan
mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy
paste) daripada artikel atau buku).
Huraian: Sebuah penulisan
tesis hendaklah asli di mana setiap ayat yang ditulis haruslah menggunakan ayat
sendiri dan sekiranya mengambil mana-mana ayat daripada artikel atau buku
sebagai rujukan hendaklah diolah ayat tersebut menggunakan ayat sendiri dan
elakkan menyalin secara terus ayat yang diambil tersebut.
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang
lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
Huraian: Tesis yang
dilakukan hendaklah disemak atau diperiksa terlebih dahulu menggunakan Turnitin atau tool yang
lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. Hal ini
bertujuan bagi memastikan tesis yang dilakukan tidak mempunyai kadar plagiat
yang tinggi.
3. Membuat rujukan
daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian: Setiap bahan
rujukan yang hendak dirujuk dan diambil daripada rujukan yang pertama dan seharus
elakkan daripada mengambil banyak rujukan sekunder. Sebagai contoh, dalam
penulisan artikel yang dirujuk ada memetik mana-mana kajian lain, maka sekiranya
pelajar atau individu tersebut hendak mengambil kajian yang dipetik dalam
penulisan artikel itu, hendaklah dicari dan merujuk kajian yang asal dan bukan
hanya merujuk artikel yang memetik kajian itu.
4. Membaca banyak artikel
terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan
(minimum 50 artikel).
Huraian: Setiap pelajar
atau individu yang ingin menjalankan kajian dan melakukan penulisan tesis,
pembacaan artikel terkini yang banyak sekurang-kurangnya 50 buah artikel adalah
disarankan. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar atau individu tersebut
lebih memahami tentang kajian yang hendak dijalankan dan secara tidak langsung
mampu membantu dalam mencari lompang kajian atau jurang kajian.
5. Menghadiri seminar
atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang
berkaitan.
Huraian: Pelajar atau
individu yang ingin menjalankan sebuah kajian, adalah disarankan untuk
menghadiri seminar atau persidangan supaya mereka mendapat pelbagai maklumat
tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal tersebut
juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pelaksanaan kajian yang ingin
dilakukan.
6. Berbincang dengan
penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang
dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
Huraian: Segala
perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan penulisan tesis atau pelaksanaan
sebuah penyelidikan, pelajar atau individu tersebut hendaklah sentiasa merujuk
kepada penyelia atau pakar bidang tersebut dan elakkan berbincang dengan mereka
yang bukan pakar dalam bidang kajian yang ingin dilaksanakan. Hal ini kerana
bagi mengelakkan berlakunya banyak kesalahan.
7. Jumlah halaman
(lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan
Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi
setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian: Penulisan tesis
yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab
bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan
penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12
halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD
sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang
40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan
hingga 12 halaman.
8. Keseluruhan
tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor),
81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah,
fakulti dan universiti.
Huraian: Tertakluk kepada
kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya
keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga
150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. Berikut adalah
salah satu syarat yang harus dipatuhi demi melengkapkan tesis yang
dilakukan.
9. Membuat
perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian: Sepanjang tempoh
pengajian, adalah disarankan untuk membuat perancangan yang teliti atau membuat
jadual. Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara tersebut
mampu memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis. Sekiranya
gagal membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan kajian yang
dilakukan juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan mengikut
tempoh yang telah ditetapkan.
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti
Putra Malaysia.
Bukti Kehadiran:
No comments:
Post a Comment