1. Teks
Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.
Terjemahan
Melayu: Apabila seseorang memarahi anda, berikanlah senyuman dan memohon
kemaafan daripada mereka.
Bukti: Cerita
Sosial 3 (Keluarga Saya)
Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum. "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!" kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!" bisik ibu perlahan.
2. Teks
Asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that
it will go away soon. Time heals.
Terjemahan
Melayu: Apabila anda berada di tahap yang paling rendah dalam kehidupan,
sentiasa mengingatkan diri bahawa semuanya akan pergi kelak. Merawat sesuatu
memerlukan masa.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
Pada suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim
tidak bermaya. Alim mudah jatuh sakit dan alim tidak pernah merungut. Bapa dan
ibu membawa Alim ke klinik berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya alim
cepat sembuh. Apabila sakit, Alim tidak akan bercakap. Alim akan tidur di
bilik. Alim tidak akan membaca buku cerita lagi. Abang, kakak dan adik sedih
melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik, mereka cuba bercerita
dengan alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim
tetap kaku.
“Kenapa
dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan Alim sambil menangis.
“Abang
tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim.
Abang dan
kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.
Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh. Selang beberapa minggu, Alim pun
sihat. Semua ahli keluarga gembira. Alim sudah mula membaca buku cerita bersama
abang, kakak dan adik perempuan.
3. Teks
Asal: Always be kind to others.
Terjemahan
Melayu: Sentiasa membuat baik terhadap orang lain.
Bukti: Cerita
Sosial 2 (Saya yang istimewa)
"Ibu, boleh kita beri Sulaiman
sedikit buah-buahan ini?" tanya Alim kepada ibunya." Ibu dan
bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka
adalah satu perbuatan yang baik", sambung Alim lagi.
4. Teks
Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for
others.
Terjemahan
Melayu: Sayang dan jagalah diri anda dahulu sebelum merancang untuk sayang dan
pelihara orang lain.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Setiap hari, Alim cuba memahamai
kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja.
Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di
rumah
5. Teks
Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.
Terjemahan
Melayu: Katakan perkara yang baik,
katakan perkara yang mendatangkan faedah dan pastinya akan memperoleh
kebahagiaan dalam hidup.
Bukti: Cerita
Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan
bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.
6. Teks
Asal: I will not judge you. I am just a normal person.
Terjemahan
Melayu: Saya tidak akan menilai kamu. Saya cumalah seorang manusia biasa.
Bukti: Cerita
Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Alim,mari ibu tolong!,” seru ibu dari dapur.
Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke
hilir.
“Saya takmahu buat, ibu,”
kata Alim sambil menggaru-garu kepalanya.
Ibu memegang tangan Alim
lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum.
“Anak ibu baik. Anak ibu
rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang
batang penyapu bersama Alim.”Begini, perlahan-lahanya!,” bisik ibu perlahan.
Alim tersengih dan cuba
menyapu sampah.Akhirnya,dia berjaya menghabiskan kerjanya.
7. Teks Asal: To me, you are the most precious person in the world.
Terjemahan
Melayu: Pada saya, awaklah orang yang paling berharga dalam dunia.
Bukti: Cerita
Sosial 2 (Saya yang istimewa)
"Alim,
terima kasih beri buah-buahan kepada Sulaiman tadi," kata Mak Ck Timah
kepada Alim.
"Sama-sama
Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman
jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua
mesti baik dengan jiran," jawab Alim sambil menganggukkan kepala.
"Ya,
betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang
sedih.
"Kenapa
Mak Cik Timah sedih?," tanya Alim.
"Mak
Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,"
kata Mak Cik Timah sambil memandang ke arah Sulaiman yang membasuh basikal
kecilnya.
"Alim
suka Sulaiman. Sulaiman kawan Alim," kata Alim lagi sambil melambai ke Cik
Timah lalu masuk ke dalam rumah.
Mak Cik Timah masih memandang ke arah Alim
yang berjalan masuk ke ruman. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan
kesejahteraan Alim sekeluarga.
8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.
Terjemahan
Melayu: Semasa saya melihat kamu, saya akan tersenyum. Sayang saya hanyalah
untuk kamu sentiasa.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Kami sayang dan rindu Alim,” kata ahli keluarga
yang lain serentak. Mereka semua ketawa.
Alim tersenyum. Alim
tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong
antara satu sama lain.
9. Teks
Asal: Kindness will speak the truth.
Terjemahan
Melayu: Kebaikan akan mengatakan perkara yang benar.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Samaa-sama Mak Cik. Ibu
kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua
mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil mengangukkan kepala.
“Ya, betul tu Alim. Alim
anak yang baik,” sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.
“Kenapa Mak Cik Timah
sedih?,” tanya Alim.
“Mak Cik Timah tak
sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak Cik
Timah sambil memandang kearah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.
10. Teks
Asal: Be a better person today and you will find happiness.
Terjemahan
Melayu: Jadilah seorang yang lebih baik hari ini dan kamu akan menemukan
kebahagiaan.
Bukti: Cerita
Sosial 3 (Keluarga Saya)
Setiap hari,adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain.Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.
“Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
“Alim suka tolong adik,”
kata bapa sambil tersenyum.
“Terima kasih
ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana Dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Rujukan: Noraien Mansor Normaliza Abd Rahim (2017). 200
Quotes for you... for us... Terengganu, Penerbit UMT.
Bukti kehadiran:
No comments:
Post a Comment